Program 3P

Posted by: junaidi  :  Category: Kursus Baru

Konsep 3P

Penyucian(Minda) Pembersihan(Sanubari) Pencernaan (Rohani)

Kisah-kisah Lumrah Kehidupan

Senario 1

Seorang Pegawai Eksekutif yang mempunyai segala-galanya pangkat, kemewahan, kesihatan, tetapi tidak dapat mengelakkan dari berlaku penceraian, tidak dapat mengekalkan kebahagiaan rumahtangganya. Apakah puncanya? Apakah yang berkurangan?

Senario 2

Seorang juruteknik hilang keyakinan, berasa masa depannya gelap kerana dibuang kerja setelah 20 tahun beerkhidmat. Adakah benar segala-galanya tamat ataupun adakah hikmah disebalik nasib yang menimpanya?

Senario 3

Seorang pelajar remaja yang pintar dan bijak dari keluarga yang berada. Beliau sering mendapat pujian dari guru – gurunya dan pernah mendapat hadiah pelajar cemerlang. Beliau ditangkap kerana cuba mencuri di sebuah gedung membeli – belah. Apakah yang membuat seorang pelajar yang bijak dan pintar melakukan perkara sebegini?

Cuba Anda Fikirkan dalam setiap kisah yang telah anda zahiri, kesemuanya merupakan orang – orang yang berjaya dan bijak. Namun terdapat sesuatu yang kekurangan dalam hidup mereka yang telah membuat mereka takut, tidak tenang dan tiada ketenteraman.

Jika kita amati dengan lebih teliti, kita akan sedar,ketiga tiga watak dalam kisah kisah ini kekurangan, Penyucian (Minda), Pembersihan(Sanubari) dan Pencernaan (Rohani) dalam hidup mereka.

Bagaimanakah kita dapat hidup dengan lebih bahagia, lebih tenang dan lebih tenteram serta keseimbangan rohania?

Bagaimanakah Kita ingin menyelami rasa redha di atas pemberian Allah dan lebih redha lagi apabila Allah tidak mengabulkan doa kita?

Jawapannya ialah Konsep 3P

Penyucian (Minda), Pembersihan (Hati) dan Pencernaan (Rohani).

Daftarlah sekarang dan ikutilah Seminar  3P yang dibawakan oleh Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyali dan pelajarilah cara hidup yang seimbang, lebih bermakna dan lebih menyeluruh. Insha Allah.

Nama (required)

Email (required)

Tel No Anda (required)

Umur Anda (required)

Sila Klik Di Bawah

 Berminat Untuk Menghadiri Seminar 3P Darul Ajyal

Pertanyaan