Profil Direktor

Biodata Peribadi : Ust Ismail Ahmat El-AjyaliImage
Warga Singapura yang telah mendapat pendidikan di :

1.    Madrasah Al-Junied pada tahun 1983-1992.
2.    Dipilih untuk menyambung pengajian dalam Bahasa Arab dan agama di timur tengah di Kuwait dari tahun 1988-1990.
3.    Pernah mendapat pendidikan beberapa tahun di Universiti Al-Azhar (Keherah) dalam bidang Usuluddin bahagian Hadith dari tahun 1994-1998.
4.    B.A. ( Sarjana Muda ) dalam jurusan “Muqaranatul Adyan” Perbandingan agama ( Usuluddin ) di Universiti ZainulHasan : Probolinggo di Jawa timur ( Indonesia ) 2005-2007

•    Seorang pembimbing agama (bebas) yang berpengalaman dalam mengajar kelas-kelas agama di masjid-masjid, perumahan dan pusat-pusat institusi setempat selama 18 tahun sejak dari bangku sekolah diperingkat menengah 4 hinggalah sekarang ini.

•    Berpengalaman bekerja sambilan sebagai Eksekutif Dakwah di Masjid Darul Aman dan masjid Al-Falah 1995-1996. Semasa menuntut di university Al-Azhar.
•    Berpengalaman sebagai pembimbing di pusat pendidikan di Andalus, Pertapis dan lain-lain lagi.

•    Tenaga pengajar kursus Imam dan Khatib ( MUIS ) Anjuran Masjid Hasanah dan MUIS 2000-2005.

•    Mengajar kelas-kelas Fardhu ain dan juga menyampaikan kuliah-kuliah di masjid-masjid setempat dan mengandalikan kursus-kursus imam dan muazzin dan rawatan Al-Quran di Masjid-masjid setempat dan juga di pusat pendidikan.

•    Ahli anggota biasa PERGAS dan juga Anggota Dakwah JAMIYAH.

•    Pelopor syarikat Darul Ajyal & Services yang mengendalikan aktiviti-aktiviti serta khidmat keagamaan dan lain-lain lagi. Diantaranya :
1.    Penasihat dan pembimbing kelas agama.
2.    Pengendali kursus-kursus yang berkualiti :

•    Kursus Imam & Muazzin di masjid-masjid setempat.
•    Bengkel untuk para Imam dan Muazzin.
•    Kursus Rawatan Al-Quran.
•    Pembimbing kursus Haji dan Umrah.
•    Pembimbing kursus Jenazah.
•    Kursus Persiapan Rumah Tangga.

3.    Tabib dalam perobatan penyakit luaran dan dalaman.
4.    Pembimbing kuliah-kuliah Dhuha, Zuhur, Maghrib dan Isyak di masjid-masjid setempat.
5.    Khidmat Penyertuan dan penyemahan rumah bagi sesiapa yang menetap di rumah baru.
6.    Motivasi spiritual untuk golongan remaja dan belia.
7.    Pengurusan ibadah Qurban dan aqiqah serta wisata ibadah kerohanian.