Khidmat Kami

Darul Ajyal & Services merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti Dakwah dan kelas-kelas bimbingan agama, kursus-kursus, samada di masjid-masjid, pusat-pusat pendidikan dan juga di rumah-rumah, sejak tujuh tahun iaitu dari tahun 2002-2008.

Kami telah Berjaya mengadakan kelas-kelas agama seperti :

Kelas Fardhu Ain, Tafsir Al-Quran, sejarah dan sirah, Al-Quran dan Tajwid, Hadith 40, Akidah, Fiqh dan lain-lain lagi di masjid-masjid, pusat-pusat pendidikan dan dirumah-rumah yang berhajat untuk mengadakan kelas bagi kaum keluarga mereka, agar mudah bagi mereka untuk berbincang sesama mereka.

Kami juga telah mengadakan kursus-kursus yang berkualiti dan hangat dari sudut sambutannya di Singapura. Seperti :

1. Kursus Imam dan Muazzin di Masjid-masjid setempat. Kami telah banyak membuka kursus dan bengkel tersebut sepertimana yang pernah kami adakan iaitu :
a.    Masjid An-Nur. (Bengkel)
b.    Masjid Al-Iman. (Bengkel)
c.    Masjid Al-khair. (Bengkel)
d.    Masjid As-Syafaah.(Bengkel)
e.    Masjid Al-muttaqin.(Kursus)
f.     Masjid Ar-Raudhah.(Kursus)
g.    Masjid Kassim. (Kursus)
h.    Masjid Kampung Siglap.(Kursus)
i.     Masjid Darussalam.(Bengkel & Kursus)
j.     Masjid Darul Makmur.(Kursus)
k.    Masjid At-Taqwa. (sedang dijalankan)
l.     Masjid Wak Tanjung (sedang dijalankan)
m.   Masjid Ahmad Ibrahim. (Akan Datang)
n.    Masjid Darul Aman. (Akan Datang)

2. Kursus Rawatan menerusi ayat-ayat suci Al-Quran.
a.    Masjid Mydin. (Seminar)
b.    Al-Iman. (Hampir tamat)
c.    Haniyah learning centre. ( Jumaat (Hampir tamat / Sabtu / Isnin )