KELAB BIZRAH
Bermula April 2009, Darul Ajyal telah bergabung bersama CandueFondue Enterprise (CFE) untuk menubuhkan KELAB BIZRAH. Kelab ini perlu ditubuhkan untuk meneruskan pengaliran pelajaran ukhrawi yg sudah di pelajari kepada praktik dan ujian duniawi.
Para peserta dan masyarakat luar daripada kanak-kanak hingga kepada yang dewasa, mempunyai peranan dalam kelab kami ini. Kami tidak menghadkan projek kami kepada kerja-kerja kemasyarakatan atau mengumpul derma, kerana kami yakini kelab ini akan diuruskan seperti syarikat perniagaan di atas landasan syariah.
Kursus-kursus menarik menanti anda dan ianya merangkumi citarasa setiap individu. Bukan itu sahaja, malah ahli-ahli akan melibatkan diri di dalam perniagaan-perniagaan yang sudah pun kami jalankan.
Kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang menarik menanti anda :
- Imam Junior (kanak-kanak dan remaja)
- Graffiti (Reka Kemeja T anda sendiri dengan kata-kata hikmah)
- Program 3P (Pembersihan, Penyucian dan Pencernaan Minda, Hati dan Rohani)
- Hiasan Bunga
- Bagaimana Memulakan Perniagaan F&B (Food Business)
- On Job Training ( Peluang bersama kami mempelajari selok belok perniagaan F&B)
- Pelajaran Mereka Lelaman Web
- Wisata/Rehlah MDA (Mendekatkan diri pada Allah)
Jadilah Ahli Sekarang kerana kami memerlukan ANDA dalam perjuangan ini! Menjadi Ahli adalah percuma dan anda berpeluang mendapatkan:
- Diskaun pada kursus-kursus kami sehingga 15%
- Bersama kami di dalam aktiviti ‘entrepreneur’ kami
- Menjadi Pelapis untuk meneruskan konsep bizrah ini
- Mendapat bimbingan untuk memulakan perniagaan
- Menjadi franchaisee
- Berpeluang mendapat pengalaman perniagaan tanpa modal
Bergabunglah bersama kami kerana kami memerlukan idea-idea kreatif ANDA.
Isikan Borang Di Bawah & Kami akan hubungi Anda secepat mungkin. Anda juga boleh menghubungi saudara Dadi di hp no 81364205 untuk keterangan lanjut.






